suria

Kecoh anak tanggal tudung... Nora Ariffin dah nasihat, doa Dahlia jumpa jalan terbaik

TINDAKAN anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dahlia memilih untuk tidak lagi bertudung mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Sebagai ibu, Nora, 52, berkata dia hanya mampu memberikan nasihat dengan cara baik namun tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh anaknya itu.

"Dia dah baligh pun, tahu apa yang baik dan tidak. Kita nasihat, tapi keputusan kepada dia. Saya yakin sebagai anak ada ilmu agama, satu masa nanti dia nampak jalan yang terbaik itu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nora mengakui dia sekeluarga tidak memberi perhatian serius terhadap kecaman kerana lebih selesa mendoakan yang terbaik buat Dahlia.

"Kami memang kurang baca komen, baca sikit sahaja. Saya sebagai ibu, saya doakan yang baik-baik sahaja. Saya ada juga nasihat secara baik," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi