suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan cepat jatuh hukum, Zul Huzaimy minta artis terpalit kontroversi diberi peluang kedua

PELAKON Zul Huzaimy meminta agar selebriti yang terpalit kontroversi tidak dihukum terlalu lama atas perbuatan dan kesilapan mereka lakukan itu.

Mengulas perkara itu, Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata mereka juga layak diberikan ruang serta peluang kedua untuk mereka memperbaiki diri.

“Memang selebriti ini hak umum dan masyarakat jadi apa saja gerak geri memang akan jadi perhatian, sekiranya artis tu terpalit kontrosversi sengaja atau tidak sengaja itu hak dia.

“Mungkin ada setengah masyarakat kurang selesa tapi adakah masyarakat ini layak untuk menghukum seseorang itu sekiranya kontroversi itu tidak sengaja.

“Manusia memang selalu buat silap, itu perkara biasa kalau tak buat silap baik jadi malaikat contohnya… kalau individu terbabit sedar kesilapannya itu sudah cukup tak perlu nak hukum atau boikot,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi