suria

Populariti nenek dan bapa tak buka jalan mudah jadi artis, Sadiq Jamil ingat pesanan Sarimah Ahmad

DILAHIRKAN daripada keluarga seni, pelakon baharu Sadiq Jamil menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk menumpang populariti bapanya yang juga pengarah dan pelakon, M. Jamil serta neneknya iaitu seniwati legenda, Sarimah Ahmad.

Menurut Sadiq, 26, kedua-dua figura itu tidak pernah membuka jalan pintas buat dirinya mendapatkan tawaran berlakon, sebaliknya hanya memberikan nasihat untuk menempuh realiti dunia hiburan.

“Sebenarnya daripada awal lagi mereka tidak galakkan untuk ceburi bidang ini sebab industri bukan satu benda yang mudah dan terlalu banyak cabarannya.

“Saya ambil itu sebagai semangat. Saya masuk industri ini juga tanpa bantuan mereka. Mereka tidak bantu untuk dapatkan tawaran berlakon. Semuanya usaha sendiri,” katanya kepada mStar

Tambah Sadiq, walaupun tidak menerima bimbingan secara langsung dalam aspek lakonan, keluarganya tetap menasihatinya menjaga disiplin diri ketika membawa nama sebagai anak seni.

“Jadi sekarang ini mereka hanya suruh buat yang terbaik selain beri nasihat mengenai kehidupan. Antaranya adalah sentiasa merendah diri, sedar diri dan banyak lagi,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi