suria

Zulin Aziz bimbang pelawak wanita makin kurang, minta yang kelakar munculkan diri

PELAKON Zulin Aziz terbuka jika digelar sebagai pelawak memandangkan dirinya kini semakin aktif dalam bidang komedi.

Menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 36, dia berharap lebih ramai golongan wanita tampil menceburi dunia komedi memandangkan selepas Jihan Muse, industri komedi agak ketandusan pelawak khususnya wanita.

“Dulu saya pernah tolak bila orang panggil saya pelawak sebab takut tapi sekarang selepas menang pertandingan Muzikal Lawak Superstar (MLS) tahun lalu rasa macam dihargai.

“Saya ni pelik sebab memang daripada dulu orang akan bagi saya watak kelakar saja, terima saja mungkin ini rezeki saya ke arah komedi ini lagipun seronok jadi macam ini sebab ini diri saya bila dekat luar.

“Dulu Jihan, sekarang ni macam kurang pelawak wanita jadi sebelum pelawak wanita hilang macam tu maka marilah saya seru semua wanita kelakar untuk memeriahkan industri komedi pelawak wanita sekarang,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi