suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kali ini Zizan Razak lebih serius, tak pilih kasih menjurikan pelawak di MLS5

PELAWAK Zizan Razak berjanji akan profesional menjalankan tugas sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) yang bakal bersiaran bermula Oktober depan.

Jelas Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 41, dia tidak akan bersikap pilih kasih meskipun peserta yang bertanding terdiri daripada rakan-rakannya.

“Kalau saya tidak menaikkan arena komedi ini jadi siapa lagi, saya rasa bertanggungjawab untuk komedi sebab sekarang ini meluas tapi nak yang terbaik, jadi platform program seperti ini sangat perlu terutamanya juri.

“Saya sebagai juri untuk berkongsi pengalaman yang saya ada sebagai pelawak kepada semua peserta, kalau cakap pasal rakan pelawak tidak risau tapi pelawak senior itu yang agak risau.

“Saya tahu mereka professional sebab juri memang wataknya kena menegur atau nasihat jadi kepada pelawak senior yang sertai mereka juga sudah bersedia untuk terima kritikan ini malah saya tidak akan bersikap pilih kasih kepada setiap peserta,” katanya kepada mStar.

Selain Zizan, Datuk Aznil Nawawi dan Bella Astillah juga merupakan juri untuk program tersebut manakala pengacaranya pula adalah Datuk AC Mizal.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi