suria

Didi hanya bergurau dengan peminat, Bella Astillah terkejut muncul ‘hint’ bakal kahwin

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah menafikan khabar angin yang kononnya dia bakal berkahwin dengan ahli politik Syed Saddiq dalam masa terdekat ini.

Jelas Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, kenyataan adiknya iaitu Didi Astillah sebelum ini hanyalah gurauan spontan bagi membalas komen netizen dan sama sekali bukan pengesahan mengenai perkara itu.

"Tak, itu sebenarnya saya sendiri pun terkejut bila berita itu tersebar, sebenarnya Didi tak pernah pun buat kenyataan rasmi. 

"Dia (Didi) memang suka bergurau senda balas komen dengan netizen, cuma tak sangka  pula yang dijadikan tajuk berita.

"Minta maaf kalau ada yang terasa ke atau tersyak sesuatu ke, tiada lagi kenyataan rasmi daripada Didi atau ahli keluarga lain," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Bella akan menjadi juri dalam program Muzikal Lawak Superstar musim kelima yang akan bersiaran pada 11 Oktober nanti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi