MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.
Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon, penyanyi dan pengacara Datuk AC Mizal yang akan menceritakan pengalaman sewaktu awal kemunculannya sebagai anak seni ketika berusia 20 tahun.
Ketika itu, AC atau Mizal Zaini, 54, memberitahu dia bergelar penyanyi rap bersama kumpulan 4U2C.
Demi mengejar cita-citanya sebagai seorang selebriti, AC sanggup mengorbankan zaman mudanya dan tidak menjalinkan hubungan cinta kerana mahu fokus pekerjaan.
“Waktu usia 20 tahun sangat seronok sebab ketika itu saya baru saja menyertai kumpulan rap 4U2C, bercinta dengan kekasih memang tak ada waktu tu sebab takut kena gosip.
“Saya seorang sangat tegas dan komited dengan kerja ketika itu, sentiasa sibuk latihan tarian bersama dengan kumpulan jadi waktu usia 20 tahun saya banyak dihabiskan dengan melakukan persembahan bersama peminat.
“Saya pernah juga mengalami kejutan budaya tapi bukan perkara negatif kerana terkejut ramai peminat serbu waktu usia 20 tahun tu jadi agak pelik mulanya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































