PELAWAK Mamat Sepah membuat keputusan untuk tidak lagi menyertai mana-mana program komedi.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, berkata dia dan rakannya iaitu Shuib mahu memberikan tumpuan kepada dunia perniagaan selain mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga.
Menurut Mamat, sudah tiba masanya mereka memberikan ruang kepada pelawak baharu dan influencer untuk menonjolkan bakat mereka dalam dunia komedi.
“Kalau nak cerita bab dunia komedi ni saya sudah puas sebab sudah capai banyak perkara malah banyak juga kemenangan yang sudah diperolehi bersama kumpulan saya sebelum ini.
“Kini tiba masanya untuk bidang perniagaan pula sebab saya lihat ramai golongan artis yang meniaga malah sudah 16 tahun jadi artis, semua sudah ceburi jadi pelakon, penyanyi, penyampai radio malah bertanding di pentas besar atau kecil.
“Macam dulu banyak program komedi tapi sekarang ni macam kurang jadi saya rasa lebih baik beri peluang kepada pelawak baru atau golongan influencer untuk jadi pelapis buat kami ni,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































