suria

Pakai skirt, baju seksi itu biasa... Liyana Jasmay terima teguran dengan hati terbuka

PELAKON Liyana Jasmay menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto memakai skirt pendek di Instagram sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Kata Liyana, 37, pemakaian seperti itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam kehidupannya, sebaliknya ia hanya jarang dikongsikan kepada umum di media sosial.

“Saya memang selalu berpakaian begitu, cuma mungkin tidak diketahui ramai. Seluar pendek memang saya pakai, cuma tidak muat naik ke media sosial. Baru-baru ini apabila saya kongsikan di Instagram, perkara itu terus jadi isu,” katanya kepada mStar. 

Liyana memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa acara Viu Royal Night di W Factory, pada Khamis. 

Meskipun dikritik kerana penampilannya, Liyana mengakui kebenaran kata-kata netizen itu dan memilih untuk tidak membalas teguran mereka.

“Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi. Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya atau sebagainya.

"Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi