suria

Shaheizy Sam dah serik gemukkan badan, rasa diri tak sihat... Berpuasa untuk turunkan berat

PELAKON popular Shaheizy Sam mengakui sudah serik berbadan besar hanya semata-mata mahu menjayakan watak lakonan.

Kata Sam, 42, pengalaman itu memberi kesan besar terhadap kesihatan dan fizikalnya sehingga dia bertekad untuk tidak lagi membiarkan dirinya kembali ke bentuk tubuh seperti dahulu.

"Sebenarnya nak cakap fasal serik, ya saya serik. Kalau boleh tak nak lagi badan macam ini. Tapi saya akan pertimbangkan untuk kembali (gemuk) kalau ada pengarah yang sanggup dan juga skrip itu bagus. Tapi proses itu sangat penat," katanya kepada mStar.

Sam memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas Majlis Sidang Media Polis Evo Wonda-Ful 10 Years di TGV, KLCC.

Tambah Sam, antara cabaran terbesar ketika berbadan besar adalah masalah kesihatan yang mengganggu kehidupan seharian termasuk kesukaran bernafas ketika tidur.

"Duduk sekejap pinggang sakit, nafas pendek. Bila tidur pun seolah-olah tidak bernafas. Saya rasa memang tak sihat ketika itu. Selain itu, saya rasa buruk ketika itu… tak ada fikir nak pakai baju cantik pun," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi