SELEPAS hampir setahun tidak muncul di televisyen, pelakon Azlan Komeng meluahkan rasa syukur apabila akhirnya diberikan peluang untuk kembali berlakon dalam sebuah drama di TV3.
Menurut Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 49, dia tidak menyangka masih ada pengarah dan penerbit yang mempercayai bakatnya serta sanggup membuka ruang untuknya berkarya semula, meskipun dirinya pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi.
“Saya pun tidak sangka juga diberikan peluang macam ini sebab ingatkan orang sudah lupakan kita, tapi terima kasih kepada abang Raja Mukhriz yang dan kak Jalena Rejab kerana berikan peluang buat saya beraksi dalam drama di TV3.
“Saya sudah tidak beraksi di main stream hampir setahun juga sejak kemalangan bulan November tahun lalu dan sekarang hampir setahun.
“Saya rasa sekarang ini lebih semangat sebab saya mula dulu pun sebagai seorang pelakon jadi dapat beraksi tu macam dapat satu suntikan semangat dalam diri ini,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, selain berlakon drama di TV3, Azlan juga akan muncul dalam drama bersiri terbitannya sendiri iaitu berjudul Baha yang akan ditayangkan pada Oktober nanti.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































