suria

Cat Farish menumpang rumah kawan, ‘throwback’ seminggu makan nasi berlauk bawang

PENYANYI Cat Farish  mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman sukar sebelum bergelar artis sekitar awal tahun 90-an.

Menurut Cat atau Farish Ramli, 51, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan sebelum itu antaranya bekerja sebagai pelayan restoran ketika berusia awal 20-an.

Cat terpaksa melakukan pekerjaan itu demi meneruskan kelangsungan hidupnya di Kuala Lumpur sehingga perlu menumpang di rumah kawan kerana tidak mempunyai kediaman tetap.

“Saya pindah ke Kuala Lumpur dengan bawa duit RM180 saja ketika itu dan RM20 beli tiket bas, duit hanya berbaki RM160 waktu tu saya terpaksa menumpang rumah kawan kemudian ada kawan bekerja pengurus hotel jadi dapat tidur hotel. 

“Saya menumpang selama enam hari kemudian cari kerja di Kuala Lumpur, saya dapat pekerjaan di sebuah restoran makanan Jepun sebagai pelayan… dekat situ saya basuh pinggan jadi pelayan.

“Kemudian saya kerja di restoran di Bukit Bintang, selepas itu saya di pindahkan ke cawangan Damansara Utama dan di situlah detik permulaan saya berjumpa dengan ahli Ruffedge iaitu Zain Ruffedge,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi