MEMBAWAKAN watak lelaki lembut bernama Mat Yam dalam filem aksi Polis Evo ternyata meninggalkan kesan yang lama buat pelakon Amerul Affendi.
Namun di sebalik kejayaan watak itu, Amerul atau Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, mengakui ada momen yang membuatkan dirinya berasa malu terutama apabila situasi itu melibatkan anak-anak.
"Perkara jadi memalukan bila saya keluar dengan anak tiba-tiba ada orang panggil saya Mat Yam, anak saya akan toleh dan tanya saya ‘siapa Mat Yam?’ sebab mereka tak tahu, waktu cerita keluar mereka belum ada.
"Saya jelaskan ia watak saya dalam Polis Evo yang sampai hari ini pun mereka belum tengok. Ya, malu nak tunjuk dekat anak," katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































