PENGARAH dan pelakon terkenal, Aziz M. Osman mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia pengarahan filem dan drama.
Menurut Aziz atau nama sebenarnya Abdul Aziz Othman, 63, dia menyedari era kegemilangannya sudah berakhir apabila karya yang dihasilkan tidak lagi menerima sambutan seperti dahulu.
“Saya tahu zaman mengarah saya sudah habis sebab ramai juga pengarah karyawan dunia pun sampai masanya mereka akan alami fasa jatuh juga.
“Orang memilih jenama tapi jenama saya ni lama…bukan kata tak bagus cumanya kurang hype atau slay untuk selera penonton zaman sekarang.
“Pengarah tersohor juga banyak yang sudah tukar dan beralih kepada penstriman Netflix, tidak lagi ditayangkan di pawagam jadi itu elovusi sekarang maka saya kena terima kenyataan,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Aziz menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim kelima yang akan bermula tayangannya pada 11 Oktober nanti.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































