suria

Bukan mudah buat orang ketawa, Achey tak setuju tanggapan zaman pelawak dah ‘mati’

PELAWAK Achey menegaskan dakwaan kononnya era komedi sudah tidak relevan pada masa kini adalah tidak benar.

Jelas Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 37, pelawak masih mendapat tempat di hati penonton, namun kurang diberikan ruang dan perhatian khususnya untuk program televisyen

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Mungkin nampak macam mati sebab tiada di platform televisyen saja seperti Maharaja Lawak Mega, sitkom komedi tidak diterbitkan oleh stesen.

“Saya tidak salahkan pihak stesen televisyen, mungkin mereka ada modus operandi yang lain untuk naikkan komuniti lain pula selain pelawak, ramai je kawan-kawan pelawak sekarang ini jadi penyampai radio, pengacara dan melawak di acara karnival.

“Agak kecewa juga sebab menidakkan satu usaha yang kami lakukan, ye betul kami ada gaji serta imbuhan cumanya untuk buat orang ketawa susah ya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi