suria

Hamil anak kedua lebih mencabar, isteri selalu minta urut... Mujurlah Ayie Floor88 dah ada pengalaman

VOKALIS kumpulan Floor 88, Ayie Ilham berkongsi berita gembira apabila dia dan isterinya iaitu Tasha Awie bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada 20 November depan.

Kata Ayie atau nama penuhnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, pengalaman kali ini cukup mencabar kerana berbeza dengan kehamilan pertama apabila isterinya mengalami alahan yang agak teruk sepanjang tempoh kehamilan itu.

“Anak kedua ini agak berbeza sikit berbanding anak pertama kerana anak pertama mual tidak teruk tapi anak kedua ni teruk sikit mual dan lenguh-lenguh badan, jadi kena selalu urut.

“Tapi Alhamdulilah tak ada apa-apa komplikasi yang teruk dan semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kehamilan anak kedua ini malah tiada pun mengidam pelik-pelik.

“Anak kedua ini dijangka akan lahir pada 20 November ini tapi tak tahu juga mungkin boleh jadi awal, masuk saja bulan Novermber ini saya kena siap sedia persiapan semua untuk menyambut bayi kelahiran bayi kedua,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi