PENYANYI Asheed Def Gab C perlu menjaga pemakanan kerana bimbang mengenai tahap kesihatannya.
Ini kerana, Asheed atau nama sebenarnya Mohd. Ashid Ahmad, 52, berkata dia sudah berdepan derita penyakit gout sejak tahun 1999.
Asheed bagaimanapun berkata masalah kesihatan itu tidak sesekali menjadi penghalang untuknya aktif dalam aktiviti harian mahupun dunia nyanyian.
“Saya sentiasa lakukan rawatan dan jaga pemakanan untuk membolehkan saya beraksi di atas pentas sebab kalau saya tidak pantang besar kemungkinan kesihatan akan merosot.
“Saya tidak boleh makan apa pun sebenarnya, penyakit gout ni sudah lama saya kena sejak tahun 90-an lagi, malah kesannya akan ambil masa untuk bengkak contohnya dalam tempoh antara lima tahun.
“Sebelum ini saya pernah kena sampai tahap empat gout ni, tapi sekarang tahap tiga jadi untuk turun sampai tahap satu tu agak susah atau hilangkan terus penyakit gout ni sebab sudah sebati dalam badan sejak dulu lagi,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Deb Geb C akan membuat persembahan di Showcase Jiwa Malaysia pada 1 November nanti bersama Baby Shima, Floor 88 dan Sixth Sense di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































