suria

Reda kurang tawaran lakonan, Angeline Tan guna peluang belajar agama

SELEPAS bergelar mualaf, pelakon Angeline Tan mendedahkan dia kurang menerima tawaran lakonan daripada mana-mana pihak produksi.

Bagaimanapun, Angeline atau Ardini Angeline Tan, 57, berkata dia tidak berkecil hati dengan perkara itu sebaliknya bersyukur kerana mempunyai lebih banyak masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.

“Sekarang ini orang nak panggil berlakon kena watak muslimah, tidak lagi boleh panggil watak keluarga cina. Jadi, sekarang memang ada kurang sikit tawaran.

“Tapi saya rasa bagus juga, sebab masa ini saya ada ruang lebih banyak untuk belajar agama. Boleh kongsi tentang perubahan dan penghijrahan saya,” katanya kepada mStar.

Angeline memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Hotlink: Geng Bijak Berbajet pada Selasa.

Dalam pada itu, Angeline turut mendedahkan sepanjang dua tahun bergelar mualaf, dia tidak pernah meninggalkan kewajipan utama dalam Islam iaitu solat lima waktu.

“Mula-mula memang agak sukar (untuk solat), tapi sekarang sudah biasa. Sampai hari ini, saya tidak pernah tinggal solat sebab itu permulaan yang baik,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi