suria

Ramai suka video parodi, kali ini Mark Warn cabar diri sertai MLS5 mahu jadi pelawak

PERSONALITI media sosial Mark Warn mencabar diri dengan menceburi bidang komedi demi merealisasikan impiannya bergelar seorang pelawak.

Mark atau nama sebenarnya Mohd Shazwan Saburi, 33, berharap langkah baharunya itu diterima baik peminat dan dapat membuka ruang untuk dirinya lebih dikenali.

“Alhamdulilah saya memang suka hiburkan orang dan buat komedi jadi syukur sebab diterima ramai tapi dalam pada tu ada juga meminta supaya saya jangan ke mainstream baik fokus di media sosial saja.

“Saya terima segala pandangan itu cumanya saya pergi ke mainstream untuk mencuba benda baru iaitu menjadi pelawak mana tahu nanti ada rezeki saya jadi pelawak pula nanti selain TikToker.

“Saya harap semua boleh terima saya dalam industri komedi ini supaya dapat hiburkan semua orang,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi