PENYANYI dan pengacara Roslan Shah tidak berkecil hati apabila menerima kritikan segelintir pihak yang kurang senang dengan aksinya semasa bersiaran langsung dalam program Night Walk 2.0 yang disifatkan agak keterlaluan.
Menurut Roslan, 53, dia menerima setiap teguran itu dengan hati terbuka dan berjanji akan lebih berhati-hati menjaga tutur katanya.
“Saya buat untuk aktiviti Night Walk ni jujurnya telatah dan aksi tu semua bukannya fake kerana semuanya adalah spontan sebab saya suka nampak betul jadi kalau cakap over tu tak ada sebab itu memang cara saya.
“Terpulang kepada penerimaan orang tu... ada positif dan negatif, tak kisah orang nak cakap apa pun sebab saya bukan buat-buat.
“Kalau yang cakap saya over tu tak apa saya terima teguran tu dan minta maaf tapi yang tak boleh terima atau kecam tak perlu tengok video saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































