ISTERI kepada pelawak terkenal Achey Bocey iaitu Anne memberitahu dia kini sudah bersedia untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kali kedua selepas berjaya menurunkan berat badan sehingga 60 kilogram.
Menurut Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya, percubaan pertamanya sebelum ini tidak berjaya kerana mengalami masalah berat badan berlebihan.
“Sekarang saya rasa lebih yakin dan selesa bila berat badan dah turun sehingga 60 kilogram ni, rasa macam orang lain pun ada.
“Saya akan teruskan buat rawatan IVF lagi selepas ini mungkin tahun depan,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Anne turut berkongsi mengenai penampilan terbaharunya itu yang dilihat semakin langsing dan cantik.
Kata Anne, ada yang tidak menyangka itu dirinya sehingga suami dituduh keluar bersama wanita lain.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































