PELAWAK Shashic Iewan memberitahu dia bakal muncul dengan persembahan stand-up comedy sulungnya berjudul Shashic Lain yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun depan.
Menurut Shashic atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan, 34, idea untuk pementasan itu tercetus kerana ingin mencabar dirinya serta membuktikan kemampuan sebenar dalam dunia komedi solo.
"Lepas saya selesaikan urusan di Muzikal Lawak Superstar musim lima ni, saya akan ada proses cari bahan dan persediaan untuk mengadakan persembahan solo stand up komedi nanti.
“Sekarang ini ada dua lokasi di fikiran saya iaitu Johor Bahru dan Kuantan untuk persembahan nanti, kenapa pilih Johor sebab ramai pelawak semuanya berasal daripada negeri itu jadi memang sesuai saya rasa.
“Ramai tak tahu saya sebenarnya sebelum jadi pelawak di televisyen, saya merupakan pelawak stand up komedi jadi kalau yang pernah tengok pasti tahu macam mana saya ni walaupun kurang fasih bercakap kan,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































