PELAWAK Yassin Senario mengakui pengalaman yang dilalui sebelum ini banyak memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berwaspada apabila merancang perjalanan sama ada atas urusan kerja atau bercuti ke luar negara.
Kata Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahaya, 46, tidak sedikit pun berasa takut atau serik, malah berhasrat untuk kembali menunaikan umrah di Makkah selepas semua urusannya selesai.
“Saya tidak akan rasa serik cumanya akan lebih berhati-hati selepas ini jika mahu ke luar negara sebab banyak yang mengajar saya sebelum ini.
“Kita ingat kadang-kadang sudah sempurna tapi rupa-rupanya ada perkara yang perlu berhati-hati… saya sentiasa menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku sebab terlepas pandang perkara remeh.
“Tak ada istilah fobia dalam kamus hidup saya, Makkah tu tempat suci malah bersyukur sebab orang lain pergi 12 hari tapi saya pergi enam bulan, InsyaAllah lepas ni akan jejak kaki lagi ke sana,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































