suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AC Mizal belum sedia digelar pelawak, susah buat orang ketawa

PELAKON dan pengacara Datuk AC Mizal mengakui belum bersedia untuk menceburi bidang komedi sepenuhnya meskipun dia mempunyai personaliti menghiburkan sebagai seorang pelawak.

Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 53, dia khuatir sekiranya jenaka yang disampaikan tanpa sengaja boleh menggores hati mana-mana pihak.

“Saya tidak berani untuk digelar pelawak sebab saya bukan seorang pelawak tapi hanyalah seorang pengacara yang boleh melawak saja.

“Kalau nak pegang gelaran seorang pelawak itu berat sebenarnya sebab perkara ini sentiasa akan bermain dengan emosi orang lain.

“Kadang-kadang lawak yang disampaikan itu orang faham dan boleh jadi tidak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi