suria

Tak terus masuk rumah antara petua Remy Ishak selepas pulang penggambaran filem seram

SIBUK dengan penggambaran filem berunsur seram dan misteri, pelakon Datuk Remy Ishak bersyukur apabila tidak pernah mengalami sebarang kejadian pelik atau gangguan mistik sepanjang terlibat dengan projek berkenan.

Remy atau nama sebenarnya Muhammad Zalimei Ishak, 43, bagaimanapun tetap berhati-hati dan mengamalkan beberapa rutin tertentu sebelum pulang ke rumah dari set penggambaran bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Kadang-kadang bila berada di set penggambaran yang pelik ini, kita boleh rasa atau tahu kalau ada sesuatu. Tapi cara terbaik, bila ada anak kecil ini, saya amalkan beberapa perkara sebelum masuk rumah.

“Maksudnya, saya tak terus masuk rumah bila balik daripada penggambaran. Kadang-kadang saya ambil masa 15 hingga 20 minit untuk duduk dekat luar, tengok media sosial dulu atau buat sesuatu.

“Apa-apa kejadian pelik kepada keluarga tidak ada yang berlaku. Alhamdulillah, semuanya baik-baik,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Qifarah yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi