suria

Qi Razali mahu cepat-cepat timang cahaya mata, ada impian hantar anak masuk kelas piano

PELAKON Qi Razali memanjatkan rasa syukur sudah bergelar suami kepada jurusolek, Wardah Hayati pada Mei lalu.

Kata Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 48, peranan sebagai suami memberi pengalaman baharu dalam hidupnya dan dia kini bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya.

“Alhamdulillah gembira dengan perkahwinan. Tanggungjawab sebagai seorang suami ini lain. Inilah masanya untuk saya penuhi watak sebagai seorang suami,” katanya kepada mStar.

Qi memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Pengumuman Top 5 Festival Filem Malaysia pada Isnin.

Dalam pada itu, Qi tidak menolak keinginan untuk melalui fasa seterusnya dalam rumah tangga iaitu menimang cahaya mata memandangkan usianya kini semakin meningkat.

“Harapannya ke situ, sebab saya makin tua. Saya memang nak anak. Memang ada. Saya siap berimpian nak hantar anak masuk sekolah piano,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi