suria

Hilang tempat bergantung, Zulin Aziz sebak kenang pemergian bapa ketika sedang bertanding Pilih Kasih

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.

Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon dan pengacara Zulin Aziz berkongsi kisah perjalanannya sebelum bergelar anak seni .

Cerita Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 36, ketika itu dia terpaksa berdepan pengalaman menyedihkan apabila kehilangan bapa iaitu Abdul Aziz.

“Waktu usia 20 tahun merupakan tahun pertama saya diperkenalkan dalam industri oleh Datuk Rosyam Nor dan tahun pertama juga saya membawa nama sebagai Zulin Aziz.

“Awalnya saya belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kemudian masuk pertandingan Pilih Kasih, kemudian umur 20 tahun saya kehilangan arwah bapa.

“Masa tu arwah ayah sedang tonton saya menyertai program Pilih Kasih, saya masuk sebab arwah ayah yang minta, jadi bila ayah sudah tiada maka tiadalah yang bantu beri saya duit pada ketika itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi