suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Namron yakin artis tercalon akan hadir malam anugerah... “Bukan saja-saja tak nak datang”

PELAKON Namron menyokong saranan pengarah Erma Fatima yang mahu semua pelakon tercalon dalam Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) hadir pada malam anugerah berprestij itu.

Mengulas pandangan Erma itu, Namron atau Shahili Abdan, 56, bagaimanapun berkata ada kalanya pelakon tidak dapat menghadirkan diri kerana terikat dengan komitmen kerja lain yang tidak boleh dielakkan.

Jelasnya, ketidakhadiran artis bukanlah disengajakan, sebaliknya berpunca daripada jadual penggambaran yang bertembung dengan tarikh acara berkenaan.

“Kalau boleh datanglah. Tapi kadang-kadang tak dapat datang sebab ada perkara yang tak boleh dielakkan contohnya ada penggambaran atau sebagainya.

“Jadi, dia clash jadual, bukan saja-saja tak datang. Saya juga pernah alami perkara tersebut. Saya yakin mereka akan datang kalau tahu awal tentang FFM itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi