suria

Dua bulan tak boleh bercakap, rupanya Asfan Shah terkena sihir

PENYANYI Asfan Shah mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman pelik apabila kehilangan suara secara tiba-tiba dan misteri pada Jun lalu.

Menurut Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Rudin, 40, ketika itu dia bukan sahaja tidak mampu menyanyi, malah tidak boleh bercakap seperti normal sehingga terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

“Saya pernah lalui fasa kehilangan suara sehingga langsung tidak boleh bercakap dan pernah buat persembahan nyanyian hanya miming saja, bukan itu saja tapi bila naik pentas nak cakap pun tak mampu.

“Saya sudah pergi jumpa doktor dan hanya kata jangkitan kuman biasa pada tonsil tapi pelik sebab selepas tu tak baik-baik juga sehingga terpaksa buat rawatan alternatif lain berjumpa dengan ustaz.

“Ustaz tu ada beritahu yang saya terkena sihir dan ada gangguan, waktu tu nak cakap pun susah sehingga terpaksa guna bahasa isyarat kalau nak berkomunikasi dengan isteri atau anak,” katanya kepada mStar.

Sementara itu ,keadaan Asfan dilaporkan semakin pulih selepas menjalani beberapa rawatan seperti alternatif perubatan Islam.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi