suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rita Nadira mahu kahwin ada anak, itu impian setiap wanita

PELAKON Rita Nadira mengakui dia kini sedang mengenali seorang lelaki berjambang dan semakin terbuka untuk membawa jejaka itu ke acara hiburan.

Bagaimanapun, Rita, 28, berkata dia masih berhati-hati apabila ditanya tentang perkahwinan kerana tidak mahu terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan berkaitan jodoh.

“Saya takut nak jawab bila orang tanya bila nak kahwin. Tak tahu soal jodoh ini macam mana. Kalau boleh serius, siapa yang tak nak ke pelamin kan? Mestilah nak. Semua nak kahwin, tiada yang tak nak.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik. Kalau kahwin, Alhamdulillah. Penatlah asyik nak kenal orang baru,” katanya kepada mStar.

Ditanya sama ada dia ingin fokus kepada karier lakonan terlebih dahulu, Rita berpendapat tidak salah untuk mengejar impian sambil membina keluarga.

“Kalau nak bina nama, sampai bila? Susahlah. Takkan nak kata tak kahwin sebab fokus diri sendiri sahaja. Bagi saya, kalau boleh nak membina keluarga sendiri. Itulah impian seorang wanita,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi