SELEPAS hampir setahun tular dengan video menyanyi di sebuah gerai burger, Ary Hussin meluahkan rasa syukur apabila kini mendapat perhatian syarikat rakaman yang mahu menaunginya sebagai artis.
Menurut Ary atau nama sebenarnya Muhammad Hadzri Hussin, 40, dia tidak menyangka peluang itu datang kepadanya dan menganggap ia sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan bakat dalam industri muzik.
“Alhamdulilah lepas video menyanyi di gerai burger tu tular kemudian ada sebuah syarikat rakaman tawarkan saya untuk hasilkan lagu dan sekali gus ambil saya jadi artis mereka.
“Masa awal-awal ingatnya nak jadi personaliti media sosial saja memandangkan sambutan di TikTok saya amat memberangsangkan.
“Tapi bila saya dapat peluang ni rasa macam tak sangka dan syukur sebab usaha yang saya lakukan hampir 20 tahun perjuangan dalam muzik akhirnya terjawab juga,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Ary menegaskan walaupun bergelar artis rakaman, dia tetap tidak akan meninggalkan dunia media sosial, khususnya TikTok yang sudah menjadi sebahagian daripada jiwanya.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

































































































































































