DALAM diam, pelakon Danial Dashuki sudah bergelar suami kepada aktres Tiara Suraya sejak setahun yang lalu.Danial, 31, memberitahu keputusan untuk tidak berkongsi kepada umum tentang status hubungan mereka kerana bimbang perkenalan singkat bersama isteri disalahertikan oleh netizen. "Dengan situasi kerja saya dalam industri lakonan, saya lihat kebelakangan ini ramai rakan industri yang berpisah atau bercerai.Danial dan Tiara hanya berkenalan selama tiga bulan."Jadi, saya agak takut untuk umumkan terlalu awal kerana bimbang orang anggap kami main-main dalam soal perkahwinan," katanya ketika dihubungi mStar.Danial sah bergelar suami kepada Tiara pada 4 April 2025 di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, dalam satu majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.Katanya, keputusan untuk berkahwin lebih awal juga dibuat bagi memudahkan pergerakan mereka, terutama apabila dia perlu ke luar negara atas urusan kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Dilamar bakal ibu mentua, Danial Dashuki kini tunang Tiara Suraya… “Kami baru kenal 3 bulan”ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun cipta nama sebagai pelakon, model Danial Dashuki menang trofi pelakon lelaki terbaik teater tradisional"Semuanya berlaku begitu cepat. Saya buat keputusan untuk berkahwin selepas ibu dia sendiri bertanya sama ada saya mahu berkahwin dengan anaknya, dan saya setuju dalam masa tiga bulan sahaja perkenalan kami."Saya juga ketika itu bercadang untuk berehat seketika daripada lakonan dan fokus kepada perniagaan. Jadi, kami rasa lebih baik bernikah dahulu supaya mudah untuk bergerak bersama, terutama kerana kerja saya banyak di luar negara."Kami akan adakan majlis tahun ini. Tarikh sudah ada beberapa pilihan dan tempat pun sudah ditempah, cuma belum dimuktamadkan lagi," ujarnya.Danial dan Tiara diraikan dalam satu majlis penuh sederhana.Bersempena ulang tahun pertama perkahwinan, Danial memberitahu dia dan Tiara akan berbulan madu ke Pulau Maldives untuk meraikan hari bahagia mereka bersama.Dalam pada itu, Danial memberitahu dia kini mula memfokuskan kepada perniagaan dan juga produksi miliknya sendiri, namun tidak menolak untuk kembali berlakon semula."Kami akan bercuti di Maldives selama tujuh hari sempena ulang tahun pertama perkahwinan. Kami pilih tempat yang lebih tenang kerana sebelum ini banyak ke bandar atas urusan kerja.Danial dan Tiara bulan madu selepas setahun."Ramai yang tak tahu saya ada kedai kopi sendiri, lebih kurang 20 cawangan. Selain itu, saya juga ada syarikat produksi."Latar belakang keluarga saya pula dalam industri minyak dan gas. Insya-Allah, satu hari nanti saya akan kembali berlakon, mungkin lebih fokus kepada filem melalui produksi sendiri," kongsinya.Untuk rekod, Danial dan Tiara bertunang pada Disember 2024 selepas berkenalan di set penggambaran drama Di Hatiku Ada Kamu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube