suria

4 tahun cipta nama sebagai pelakon, model Danial Dashuki menang trofi pelakon lelaki terbaik teater tradisional

Danial memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik.

SETELAH empat tahun berusaha keras mengukuhkan kedudukan dalam industri hiburan, usaha pelakon Danial Dashuki akhirnya membuahkan hasil apabila memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik bagi Teater Tradisional di Anugerah Teater Malaysia 2023.

Danial, 29, berkata, meskipun tidak menjangka kemenangan tersebut, dia bersyukur apabila bakat dan usahanya membuahkan hasil sekali gus diperakui barisan juri profesional.

“Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Mereka yang tercalon dalam kategori yang sama adalah merupakan pelakon-pelakon yang hebat dan menjadi rujukan saya.

Danial 2

Danial membawa watak Tun Mamat dalam eater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang.

“Saya amat bersyukur di atas penganugerahan ini. Walaupun berbangga dengan kejayaan ini, saya jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha memperbaiki mutu lakonan.

“Saya akan terus memberikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan”, katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Danial berkata, peranan Tun Mamat yang dibawanya dalam Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang itu tidak mudah namun berjaya dibawa dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini merupakan hari bersejarah dalam karier saya” - Shiha Zikir teruja beraksi buat pertama kali dalam teater muzikal Jula Juli Bintang 7

ARTIKEL BERKAITAN: Demi pementasan teater ‘Nyonya’, Liza Abdullah kembali sarung kebaya selepas 30 tahun

"Alhamdulillah karakter itu saya berjaya bawa dengan penyampaian dan gaya tersendiri.

"Hasil pemerhatian ia memberi impak yang besar kepada penonton dan itu sudah memadai buat saya," katanya.

Untuk rekod, Danial memulakan kerjayanya sebagai model bagi pelbagai jenama ternama di Malaysia.

Perjalanan kerjaya Danial kemudian beralih ke bidang lakonan dan seterusnya mengembangkan bakatnya dalam seni pementasan teater.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain