suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kriteria bakal isteri Ben Amir tak susah, kena pandai masak ayam merah

Ben Amir suka wanita pandai masak ayam masak merah.

PELAKON Ben Amir mendedahkan dia mengimpikan seorang wanita yang pandai memasak sebagai pasangan hidup.

Ben atau Muhammad Amiruddin Sabaruddin, 33, berkata, tidak hanya itu, bakal isterinya juga perlu pandai memasak ayam merah yang menjadi juadah kegemarannya.

"Kalau saya nak kahwin nanti, dia kena pandai masak ayam masak merah.

"Itulah kalau sedap, dia adalah satu-satunya (untuk dijadikan isteri)," katanya.

Ben 2

Amir mencari teman hidup.

Ben berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program Studio Sembang yang dikendalikan pelakon Amelia Henderson di saluran YouTube.

Amelia dalam nada gurauan turut menambah Ben tidak kisah tentang kriteria lain asalkan bakal isterinya itu pandai memasak juadah tersebut.

"Tidak kisah dia jahat macam mana, kalau awak pandai masak ayam merah... Lulus!," ujarnya.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata peminat mengakui mereka pandai memasak hidangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir sudah ambil kursus kahwin tapi lebih seronok hidup bujang... Suka wanita comel, minat pergi gim

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir dan Siti Saleha ungguli Anugerah Telenovela ke-8, turut bawa pulang trofi ‘Bintang dan Ratu Telenovela’

Malah ada sempat bergurau lambat menonton temu bual berkenaan kerana sibuk di dapur memasak juadah itu.

"Maaf Ben lambat komen sebab tengah buat ayam masak merah.

"Awak jangan kata ayam masak merah, ayam masak warna-warni pun saya boleh buat untuk awak sayang," komen netizen.

Ben 3

Rata-rata peminat mengakui pandai memasak ayam masak merah untuk Ben Amir.

Selain itu, ada juga peminat sanggup untuk belajar memasak demi menambat hati pelakon itu.

"Kejap, saya nak menuntut ilmu ayam masak merah.

"Okay, mulai sekarang saya nak belajar memasak," tambah peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia