PENYANYI yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Yuna memilih Kuching, Sarawak berbanding Kuala Lumpur bagi konsert jelajah Asia pada 27 Oktober ini.
Penganjur Yuna Asia Tour iaitu RK LiveAsia dan Icon Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya yakin konsert tersebut tetap mendapat sambutan luar biasa peminat meskipun tidak diadakan di Kuala Lumpur.
"Dengan imej dan kehebatan Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.
Yuna bakal menemui peminat di Sarawak pada 27 Oktober.
"Kami percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan yang menakjubkan daripada Yuna," kata kenyataan berkenaan kepada mStar.
Konsert berkenaan bakal berlangsung di Hikmah Exchange, Kuching, Sarawak.
Penyanyi berkenaan sebelum itu akan mengadakan konsert di Tokyo, Jepun pada 16 Oktober dan Singapura pada 18 Oktober ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan kerap dikritik, Yuna harap netizen jumpa ketenangan daripada cari salah orang lain
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tujuh tahun ‘Menanti’, Yuna tampil lagu berbahasa Melayu
Dalam pada itu, Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 36, tidak akan menghampakan peminat di Kuching apabila bakal mendendangkan lagu hit dalam bahasa Inggeris dan seleksi karya Melayu.
Ini termasuk lagu-lagu daripada album terbaharunya iaitu Masih Sunyi selain single seperti Lullabies, Crush, Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang dan Castaway.
Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan sudah pun mula dijual sejak 2 Oktober lalu di laman web Ticket2u.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!