suria

“Ini merupakan hari bersejarah dalam karier saya” - Shiha Zikir teruja beraksi buat pertama kali dalam teater muzikal Jula Juli Bintang 7

Shiha berdebar menunggu hari pementasan teater Jula Juli Bintang 7.

PENYANYI dan pelakon Shiha Zikir meluahkan rasa teruja apabila buat pertama kalinya bakal beraksi di pentas teater muzikal Jula Juli Bintang 7 pada penghujung Oktober ini.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 35, berkata, dia menerima tawaran tersebut kerana ia merupakan sebuah teater muzikal yang mencabar kredibilitinya sebagai pelakon apatah lagi hanya sepuluh peratus bergantung kepada skrip.

“Mula-mula saya berani terima sebab ingatkan perlu menyanyi lagu-lagu lama berdasarkan filem terdahulu.

da4bf911-d79d-4c38-b2a5-f8648e7c790e

Shiha sahur cabaran berlakon teater.

“Tapi, tak sangka pula mereka buat semula teater ini dengan lagu baharu. Nak kena ingat lirik dan melodi, nak kena ingat pergerakan tarian,” katanya kepada mStar.

Shiha berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah Brand Prestigious Women CEO in Entertainment Industry di The IKON Awards 2022 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shiha turut mengakui dia berasa sedikit tertekan kerana terlalu ingin kesempurnaan dalam bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima anugerah ikon, Shiha Zikir tanya penganjur sebab pemilihannya... tak mahu dianggap syok sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir hanya sempat tidur dua jam sehari, terlalu penat kerja hingga kesihatan terjejas

Meskipun tahu banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk berlakon teater muzikal berkenaan, namun selebriti ini tidak gentar untuk menunjukkan bakat yang ada.

“Bukan hanya menyanyi, penonton juga bakal melihat saya ‘terbang’ dalam teater itu nanti. Walaupun agak risau, tapi saya ambil ini sebagai satu cabaran untuk menguji tahap kemampuan saya.

“29 dan 30 Oktober ini adalah hari yang bersejarah untuk karier saya kerana saya belum pernah melakukannya sepanjang bergelar anak seni,” jelasnya.

Walaupun agak risau, tapi saya ambil ini sebagai satu cabaran untuk menguji tahap kemampuan saya

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Untuk info, Shiha bakal membawakan watak sebagai Puteri Bongsu dalam teater muzikal Jula Juli Bintang 7.

Ia turut dibarisi bintang popular termasuk Zam Ryzam, Ezad Lazim, Joey Daud, Idris Brown dan ramai lagi.

6c2d8811-9b17-451f-b9f0-0902cd3837c5

Shiha ketika menerima anugerah di acara he IKON Awards 2022.

Teater muzikal Jula Juli Bintang 7 bakal berlangsung selama dua hari di Istana Budaya pada 29 dan 30 Oktober 2022.

Tiket boleh didapati dengan harga RM60, RM80, RM110 dan RM250 di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain