suria

[V] Tomok tak simpan ‘taring’, Ramli MS bagi markah tertinggi sepanjang musim GV

SETIAP minggu beraksi di program Gegar Vaganza ke-9 (GV9) dianggap seperti pentas akhir buat Tomok supaya dia memberi sepenuh tenaga membuat persembahan.

Bagi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 38, tiada istilah ‘simpan taring’ kerana takut jika bermain strategi begitu dia tidak berkesempatan membuktikan kemampuan sebenarnya sebagai penyanyi.

“Setiap minggu persembahan saya akan buat sehabis baik. Semua peserta meletakkan sasaran untuk dapat nombor satu. Sebab itu saya bagi sepenuhnya, buat persembahan seperti pentas akhir GV9.

tomok 1

Tomok berikan sepenuh tenaga dalam setiap persembahan.

“Tak pernah ada rasa nak ‘simpan taring’ dalam pertandingan ini. Kalau menunggu masa untuk tunjukkan kemampuan sebenar takut nanti terkeluar awal pula,” katanya.

Tomok ditemui selepas konsert minggu keenam GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tomok tak terasa hati baju merah dikritik Hetty Koes Endang, puas hati dengan rekaan Hatta Dolmat

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan bahasa Inggeris Asheed Def Gab C punca kedudukan paling corot, terselamat GV9 minggu ke-6 tiada penyingkiran

Menyampai lagu berjudul Everybody yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Backstreet Boys, Tomok berjaya memikat hati juri untuk menduduki tempat pertama minggu ini.

Bukan itu sahaja, buat pertama kali sepanjang penganjuran GV, Tomok mendapat markah tertinggi daripada juri Datuk Ramli MS dari sudut persembahan.

Usaha yang dia lakukan, wajib dapat markah tinggi

DATUK RAMLI MS

JURI GEGAR VAGANZA 9

“Syukur... tak sangka diberikan markah sebegitu. Ia jadi pembakar semangat untuk saya bekerja lebih kuat. Semua kawan-kawan yang bertanding ada strategi mereka sendiri. Jadi saya pun kena lawan supaya wujud satu persaingan sihat.

“Memanglah satu tekanan untuk buat persembahan terbaik setiap minggu. Saya hanya selagi termampu dengan kudrat yang ada.

"Persaingan yang sihat juga memberi semangat buat semua peserta yang bertanding,” ujarnya.

tomok 3

Ramli (kiri) puji usaha Tomok.

Sementara itu Ramli yang ditemui pada malam berkenaan menyifatkan persembahan Tomok itu adalah satu usaha yang patut mendapat pujian tinggi.

“Kalau mahu bercakap tentang vokal, semuanya hebat. Tetapi saya melihat kepada usaha Tomok pada malam ini (Ahad). Dia bawa penari dan buat susunan muzik sendiri.

“Sepanjang musim GV saya tak pernah bagi markah setinggi ini untuk persembahan. Usaha yang dia lakukan, wajib dapat markah tinggi,” ujar beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain