suria

[V] Adam Lee pilih nikah pada hari jadi Sweet Qismina, simbolik ambil alih tugas jaga isteri daripada keluarga

PENYATUAN pasangan selebriti Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai suami isteri pada Isnin sebenarnya dipilih bersempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang jatuh pada 24 Oktober 1997.

Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, berkata, tarikh itu juga adalah simbolik ibu mentuanya, Misnah Atan melahirkan Sweet sekali gus memperlihatkan dia mengambil alih tanggungjawab menjaga Sweet sejurus mereka dinikahkan.

"Alasan saya pilih tarikh 24 Oktober adalah kerana ia bersempena hari jadi Sweet dan secara tidak langsung, saya kini bertanggungjawab menjaganya sehingga ke akhir hayat saya," katanya kepada mStar.

Terdahulu, pada pagi Isnin pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz menerusi majlis pernikahan yang diadakan di The Boathouse, Ampang Kuala Lumpur.

7238448d-f8ea-45a1-b455-f4f55e09a6b1

Adam sebak saat sah bergelar suami kepada Sweet.

Adam turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2,410.97 iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24.

Dalam pada itu, Adam memberitahu sejurus bergelar suami kepada Sweet dia tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Tema malam berinai Sweet Qismina dan Adam Lee dapat pujian, kapsyen dalam bahasa Jawa bawa maksud mendalam

Air mata itu kata Adam adalah tangisan kegembiraan kerana akhirnya hubungan selama empat tahun dengan Sweet akhirnya ke jenjang pelamin.

"Sudah tentu saya berasa sebak kerana perhubungan kami sudah mencecah empat tahun. Kalau boleh memang nak halalkan lagi cepat.

"Inilah masanya dan saya memang pilih tarikh sesuai iaitu pada hari lahir isteri," ujarnya.

Sudah tentu saya berasa sebak kerana perhubungan kami sudah mencecah empat tahun.

ADAM LEE

PELAKON

Menyentuh soal zuriat, Adam dan Sweet sepakat tidak merancang mengenainya dan menyerahkan kepada soal rezeki Allah.

"Tidak terlintas difikiran tetapi apa yang saya boleh katakan kami tidak merancang.

"Semuanya kami serahkan kepada Allah SWT, kalau ada rezeki dikurniakan cahaya mata, Insya Allah kami tidak menolak," jelasnya.

f8fee504-39aa-41a8-b87c-62faeac9c765

Pasangan ini belum rancang tarikh bulan madu.

Sementara itu, pasangan ini bakal berbulan madu di Maldives atau Eropah namun menurut Sweet perancangan itu mungkin terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Ini kerana mereka berdua terikat dengan beberapa penggambaran drama yang masih belum selesai dan akan bercuti selepas semua kerja selesai.

"Sepatutnya selepas majlis resepsi memang kami ada rancang nak pergi berbulan madu namun disebabkan kerja, Insya Allah kalau tidak penghujung tahun ini mungkin tahun depan baru bercuti," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain