suria

Alieff Irfan tetap pilih YouTuber sebagai kerjaya utama - “Itu cinta pertama saya”

Alieff Irfan bakal berlakon dalam filem Jangkar.

PERSONALITI media sosial, Alieff Irfan kini semakin menempa nama dalam industri hiburan selepas diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelakon menerusi filem terbaharu terbitan Metrowealth (MIG) berjudul Jangkar.

Walaupun langkahnya dalam dunia lakonan semakin mendapat perhatian, Alieff atau Muhd Aliff Irfan Aziki, 29, menegaskan bahawa dia tidak sesekali akan meninggalkan kerjaya asalnya sebagai pencipta kandungan (YouTuber). 

Menurut Alieff, biarpun bidang lakonan menawarkan pengalaman berbeza, jiwanya sudah sebati dengan platform YouTube yang menaikkan namanya selama ini. 

Alieff tidak akan meninggalkan kerjaya hakikinya. 

"Oh, tidak mungkin sama sekali sebab itu (Youtuber) adalah cinta pertama saya. Ia bukanlah hanya setakat punca pendapatan, namun lebih daripada itu. 

"Kalaulah saya perlu memilih di antara perniagaan yang sudah berjaya dan kerjaya sebagai Youtuber, saya tetap akan pilih Youtuber," katanya kepada mStar. 

Alieff memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Jangkar di bangunan MIG baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil kerja keras 5 tahun, akhirnya Alieff Irfan dapat beli kereta sport McLaren 720S bernilai RM2 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Alieff Irfan mampu beli kereta, menggaji 8 pekerja kerana 1 juta pelanggan YouTube

Jelas anak kelahiran Kelantan ini, dia kini lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan bagi memastikan kualiti kerja hakikinya tidak terjejas.

"Saya semakin memilih dan akan ambil beberapa tawaran sahaja sebab penciptaan kandungan di Youtube adalah kerja hakiki saya.

"Malah, saya juga ada ahli lain di bawah saya. Jadinya, tak boleh nak berikan fokus 100 peratus kepada ini (lakonan) sahaja. 

Alieff tidak mahu beri fokus sepenuhnya kepada kerjaya lakonan. 

Untuk info, selain Alieff, filem Jangkar arahan Jason Chong dan Ayez Shaukat turut membariskan pelakon hebat lain seperti Yusof Hashim, Fikry Ibrahim, Noki K-Clique, Cristina Suzanne, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain