suria

Sepakat tidak kongsi, Erra Fazira dan suami sudah ‘deal’ tutup rapi masalah rumah tangga

Erra tidak akan mendedahkan aib di media sosial.

PELAKON Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain sepakat untuk tidak berkongsi sebarang perkara negatif melibatkan urusan rumah tangga mereka di media sosial. 

Erra atau Fazira Wan Chek, 52, berkata dia lebih selesa mengekalkan privasi terutamanya jika berlaku sebarang salah faham atau perselisihan kecil demi menjaga keharmonian perkahwinan mereka.

"Saya sebenarnya sebelum berumah tangga sudah bincang benda ini. Saya tak suka kongsi banyak dengan orang terutama benda negatif seperti salah faham atau apa-apa.

Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

"Tetapi kalau beri inspirasi, yang melihat rasa bahagia atau sebagainya, itu okay. Itu adalah 'deal' kita di awal lagi. 

"Saya rasa dia juga seperti saya. Kalau ada kecil hati, sentap ke, saya tidak beritahu sosial media. Jadi kami ada kesepakatan itu," katanya kepada mStar ketika ditemui semasa Riang Ria Raya ACGas di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu. 

Tambah pelakon filem Sembilu itu, dia lebih gemar menyimpan sendiri fasa sukar dalam hidupnya daripada menjadikan ia sebagai tatapan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Beruntungnya jadi Erra Fazira, 95 peratus majlis nikah suami rancang… “Bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Erra Fazira selamat bernikah - “Tak sangka... memang berita mengejutkan”

"Saya belajar untuk tidak kongsi benda yang tak seronok dekat orang. Media sosial sekarang ini pun banyak cerita yang negatif, jadi kita keluarkan yang best sahaja. Yang tak best tanggung sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Erra turut meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali merasai nikmat bersalaman dan memohon ampun dengan figura seorang suami pada sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas sekian lama hidup sendirian.

Biarpun hanya disambut secara sederhana bersama anak-anak, Erra mengakui suasana kali ini dirasakan cukup berbeza dan luar biasa.

Erra Fazira raya berempat tahun ini. 

"Setelah lama tidak cium tangan suami di pagi raya, lainlah raya kali ini. Saya sebenarnya menanti momen nak bersalaman. Ada empat kami sahaja, kami bermaafan. 

"Perasaan tahun ini memang lainlah sebab bersalaman dengan encik suami kan. Saya ingat tidak nikmati lagi, tapi ada juga," jelasnya.

Untuk rekod, Erra dan Ezwan selamat bernokah pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain