suria

“Tak marah tapi terkejut” - Nabila Razali tegur soal adab, Misha Omar dan Shila Amzah kongsi pengalaman sama

Nabila terkejut dengan mulut pedas peminat.

PENYANYI Nabila Razali berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila menerima komen yang dianggap kurang sensitif daripada seorang individu ketika bertemu secara tidak sengaja.

Menurut Nabila, 33, situasi tersebut berlaku apabila seorang wanita datang menghampiri untuk bergambar selepas diperkenalkan oleh suaminya. 

Namun, keadaan menjadi janggal selepas wanita tersebut mengulangi kata-kata suaminya yang menyifatkan suara Nabila seperti ‘chipmunk’. 

Nabila kongsi pengalaman memalukan dirinya.

“Wanita itu tanya, ‘Nabila Razali kan?’ Saya jawab ya dan senyum. Lepas itu dia kata suami dia yang nampak saya dulu dan beritahu ada artis. 

“Dia tanya artis yang mana, suami dia jawab, ‘Ala artis yang suara chipmunk itu’. Lepas itu dia cerita balik pada saya sambil ketawa kecil. Saya hanya mampu tengok muka dia sebab terkejut,” kongsinya di Threads. 

Walaupun mengakui tidak berkecil hati, Nabila tetap terkejut dengan sikap segelintir individu yang tidak menjaga tutur kata, terutama ketika berdepan dengan orang yang baru dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali tak melatah dikritik pakai tudung singkat, berkain jarang- "Saya hanya manusia biasa"

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali kini lebih hargai masa, tak mahu lepas peluang tengok anak membesar

Selepas perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, Nabila memaklumkan individu berkenaan telah tampil memohon maaf secara peribadi menerusi Instagram.

Wanita itu juga mengakui dirinya peminat Nabila sejak zaman Akademi Fantasia dan menyifatkan keunikan suara penyanyi itu sebagai daya tarikan utama.

“Ini normal? Dah berkurang ke orang yang bercakap berlapik? Saya tak marah, cuma terkejut,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Misha Omar dan Shila Amzah turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila menerima komen kurang menyenangkan secara terbuka. 

Beberapa artis turut menerima nasib sama.

Misha mendedahkan pernah ditegur mengenai penampilannya yang dikatakan semakin berusia dan tidak lagi popular.

“Seseorang pernah cakap, ‘Misha Omar ke? Maaf tak perasan… nampak tua sekarang, dah tak femes macam dulu… nak gambar boleh? Nak tunjuk kat mak’,” kongsinya.

Shila pula berkata, dia sudah lali menerima komen mengenai fizikalnya, termasuk dilabel gemuk selain ada yang tidak mengenalinya sebagai penyanyi.

“Ini biasa. Ada yang cakap ‘selalunya gemuk, sekarang nampak kecil pula’, atau ‘akak ini artis ke? Siapa nama?’ kemudian terus minta ambil gambar,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain