suria

Nabila Razali tak melatah dikritik pakai tudung singkat, berkain jarang- "Saya hanya manusia biasa"

Nabila suka berkarya melalui nyanyian dan penampilan.

PENYANYI Nabila Razali menerima dengan hati terbuka teguran segelintir pihak yang mempersoalkan penampilannya yang dilihat semakin berbeza sejak kebelakangan ini apabila tampil dengan tudung singkat serta didakwa menggayakan pakaian jarang.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 34, berkata perubahan daripada segi fesyen termasuk pemilihan tudung dilakukan bagi menyesuaikan dengan konsep muzik yang sedang dibawanya.

“Saya agak berhati-hati menjawab soalan ini kerana apa jua kenyataan saya takut disalah tafsir.

Nabila sentiasa suka dengan penampilannya.

“Tapi untuk saya sendiri sebagai anak seni, saya sentiasa berkarya daripada segi muzik, fesyen dan penampilan mengikut lagu-lagu yang saya keluarkan,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada rakaman program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Menurutnya, konsep penampilan kali ini dipilih bagi menyesuaikan dengan elemen retro yang dibawa dalam karya terbaharu berjudul Tak Sabar Nak Raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali kini lebih hargai masa, tak mahu lepas peluang tengok anak membesar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan perkara baharu, Nabila Razali sudah lali video lama kembali jadi bualan... Hanya mampu lihat dan baca

“Kali ini saya ikut konsep retro sedikit kerana lagu raya saya ada ‘vibe’ retro. Jadi saya ikut konsep muzik, tapi tidak bermaksud saya mengetepikan perkara yang salah,” ujarnya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga berkata setiap penampilan yang dipilih akan melalui perbincangan bersama pasukannya terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai dengan imej yang ingin diketengahkan.

Jelasnya, dia juga mempunyai rujukan tersendiri sebelum sesuatu konsep diputuskan.

Insya-Allah pada masa akan datang saya akan perbaiki lagi.

NABILA RAZALI

PENYANYI

“Sudah tentu saya ada rujukan tersendiri setiap kali saya mahu tampil dengan sesuatu penampilan. Satu pasukan akan menilai sama ada ia sesuai untuk saya ataupun tidak.

“Alhamdulillah semuanya saya suka dan ia kena dengan gaya lagu. Malah penari saya pun sedondon. Kami pilih penampilan itu disebabkan konsep muzik tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, Nabila mengakui dirinya masih dalam proses memperbaiki diri dan berharap dapat terus menampilkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

Nabila terima dengan kritikan dengan terbuka.

“Saya hanya manusia biasa dan masih mencuba untuk memperbaiki diri. Insya-Allah pada masa akan datang saya akan perbaiki lagi.

“Tapi buat masa sekarang nikmati sahaja lagu Tak Sabar Nak Raya. Selepas ini akan ada lagu baharu dan penampilan baharu pula,” ujarnya.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain