DEMI menjayakan watak dalam filem Amir Amira, pelakon Sophia Albarakbah mengambil pendekatan berani apabila mendekati golongan transgender bagi memahami kehidupan mereka dengan lebih mendalam.Sophia, 33, berkata dia melakukan pelbagai persiapan termasuk membuat kajian dan meluangkan masa bersama golongan berkenaan bagi menyelami pengalaman sebenar yang dilalui. “Apabila dapat watak Amira, saya banyak buat homework seperti lepak dengan golongan transgender dan menyelami hidup mereka.Sophia selami jiwa transgender demi Amir Amira.“Setiap kali saya tanya kisah hidup mereka, kebanyakannya hampir sama, ibu bapa tak terima. Saya faham betapa sakitnya apa yang mereka lalui,” katanya kepada mStar.Menurut Sophia, pengalaman tersebut membuka matanya tentang kesakitan yang dirasai oleh golongan itu apabila berdepan penolakan daripada keluarga sendiri.“Bagi saya, sebagai ibu bapa sekiranya ada anak sebegini, kita perlu jadi sistem sokongan mereka, bukan menyokong tindakan.ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah jual air kelapa pandan asli di bazar Ramadan... "Kebanyakan peniaga campur gula dan ais, tak tahu tahap kebersihan"ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah mahu dikenali dengan lakonan bukan isu peribadi… “Kerja keras saya orang dah perasan”“Kalau tiada sistem sokongan yang kuat, mereka akan lebih terpesong dan hanyut,” ujarnya.Dalam pada itu, Sophia mengakui isu transgender yang diketengahkan menerusi filem Amir Amira mungkin mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.Bagaimanapun, dia terbuka untuk menerima sebarang pandangan yang diberikan oleh penonton. Kita bukan nak angkat atau membenarkan.SOPHIA ALBARAKBAHPELAKON“Saya terima segala komen atau apa sahaja pendapat. Sudah semestinya setiap cerita orang akan ada pandangan tersendiri.“Kita bukan nak angkat atau membenarkan, apatah lagi memperakui perkara yang salah terutamanya berkaitan hukum agama,” jelasnya.Tambah Sophia, naskhah tersebut dihasilkan sebagai ruang untuk membuka perbincangan dalam masyarakat mengenai isu berkenaan.Sophia bergandingan dengan Zahiril Adzim dalam Amir Amira.“Perkara ini agak tabu. Menerusi filem Amir Amira kita memang mahu masyarakat memperkatakannya bagi mewujudkan kesedaran.“Jangan menghakimi naskhah ini sebelum menonton dan memahami apa yang cuba kami angkat untuk renungan bersama.“Ia bukan mengenai transgender semata-mata tetapi menekankan aspek kekeluargaan, kejujuran dan persahabatan selain realiti pahit yang berlaku dalam masyarakat kita,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube