PELAKON dan pelawak Sathia dilaporkan sudah kembali stabil dan dipindahkan ke wad biasa di Hospital Ampang, Selangor pada Selasa.Menurut anak perempuannya, Amani, 37, bapanya juga telah selesai menjalani pembedahan pada bahagian kaki kiri pada awal pagi tadi. “Ayah sudah selesai menjalani pembedahan dan kini dalam keadaan stabil. Tadi doktor ada memberikan ubat tidur supaya ayah dapat berehat buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.Sathia tenang lalui pembedahan lagi.Amani berkata, bapanya kelihatan tenang sebelum menjalani pembedahan.Malah dia percaya Sathia seorang yang kuat semangat dan yakin bapanya akan kembali ceria seperti biasa selepas ini.“Saya percaya ayah seorang yang kuat semangat. Saya tahu selepas ayah bangun nanti, dia akan kembali ketawa sahaja.“Sebelum ini pun sama, selepas pembedahan dia sudah boleh ketawa di wad,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Sathia lemah, kini dirawat di hospital… Kemungkinan kaki kanan dipotongARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak ramai pelakon berbangsa India, Sathia masih setia berlakon... “Ini macam pun masih lakulah”Dalam pada itu, Amani memberitahu kaki kanan bapanya juga sudah tidak lagi bengkak selepas menerima suntikan antibiotik daripada doktor.Tambahnya lagi, Sathia perlu berpantang makanan buat sementara waktu bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.“Semalam doktor masukkan antibiotik dan bengkak sudah semakin kurang. Namun kami masih perlu tunggu dan lihat keadaannya selepas seminggu,” katanya lagi.Sathia sentiasa ceria di sisi keluarga.Sebelum ini, Sathia dikejarkan ke zon kuning hospital pada pagi Isnin selepas keadaanya dilaporkan kurang stabil.Pada September tahun lalu, Sathia, 62, reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya selepas kaki kirinya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat jangkitan kuman. Kata Sathia, dia tidak berasa sedih dengan apa yang terjadi, sebaliknya kekal positif dan gembira.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube