suria

Tak tahan diganggu, Jazmy Juma beri amaran jangan campur urusan peribadi… “Saya bukan pemarah, tapi jangan melampau”

Jazmy selesa pendam perasaan selagi tak mudarat.

PELAKON Jazmy Juma terpaksa bersuara apabila terdapat segelintir pihak bersikap melampaui batas sehingga mengganggu emosi dan perjalanan kariernya. 

Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata dia bukanlah seorang yang mudah melenting namun tindakan pihak tertentu yang terlalu mencampuri kehidupan peribadinya membuatkan dia terpaksa mengambil langkah mempertahankan diri.

"Apa yang saya buat hari itu adalah siaran langsung minta jangan ganggu kehidupan peribadi saya.

 

Jazmy anggap segelintir peminat terlalu melampau.

"Boleh saja nak ambil tahu fasal saya, tapi jangalah melampaui batas. Saya bukan jenis melenting, saya sangat memendam rasa selagi boleh. 

"Selagi saya boleh diam, saya diam sebab kadang-kadang lebih baik. Saya bukan juga orang yang pemarah tapi kalau saya marah, kawan-kawan saya tahulah saya marah macam mana," katanya kepada mStar.

Jazmy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama vertikal 'My Ramadan Love Story' yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena kecam sebab kaku di atas pentas, Jazmy Juma ambil pengajaran... Pertama kali tampil sebagai penyampai anugerah

ARTIKEL BERKAITAN: Nama semakin popular, Jazmy Juma jawab dakwaan ‘feeling’ hero mula letak harga tinggi

Dalam masa sama, Jazmy mengakui gangguan berkenaan bukan sahaja memberi tekanan emosi, malah kadangkala turut menjejaskan kehidupan hariannya serta fokus terhadap kerjaya.

Tambah Jazmy lagi, dia sentiasa terbuka menerima teguran daripada peminat, namun berharap ia disampaikan dengan cara yang berhemah tanpa kata-kata kesat.

"Saya cuma rasa macam tak semua benda boleh disentuh apabila melibatkan hal peribadi. Saya harap orang hormat benda itu.

Melindungi orang saya sayang saja tapi melindungi diri saya sendiri.

JAZMY JUMA

PELAKON

"Saya boleh terima nasihat atau tunjuk ajar yang baik. Kalau saya rasa perkara itu patut ikut dan baik, saya akur. Tapi bila teguran atau kata-kata terlalu melampau, saya rasa macam tak boleh nak terima. 

"Kadang-kadang benda itu mengganggu kehidupan seharian dan kerja. Saya terpaksa bersuara," luahnya.

Bagaimanapun, Jazmy enggan berkongsi secara terperinci bentuk gangguan yang diterimanya.

Jazmy terganggu emosi dan kerjaya.

Malah ketika ditanya sama ada situasi tersebut memberi kesan terhadap hubungan cintanya, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.

"Tiada komen tentang itu (gangguan beri kesan hubungan dengan kekasih). Saya buat siaran langsung itu bukan melindungi orang saya sayang saja tapi melindungi diri saya sendiri," ujarnya.

Sebelum ini, Jazmy dalam sebuah siaran langsung memberi gambaran diganggu segelintir individu sehingga menjejaskan kehidupan peribadinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain