PELAKON Hollywood Halle Berry gagal mendapatkan semula hak penjagaan secara sama rata terhadap anak lelakinya selepas bekas suami, Olivier Martinez mendakwa aktres itu melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan.Mahkamah Los Angeles memutuskan Martinez, 60, kekal diberikan hak penjagaan fizikal utama terhadap anak mereka, Maceo yang kini berusia 13 tahun. Memetik laporan, keputusan itu dibuat selepas pihak Berry memohon supaya aturan penjagaan anak secara sama rata yang diamalkan sebelum ini dikembalikan.Berry dan Martinez kini sudah berpisah. Lebih mengejutkan, Berry juga masih tidak dibenarkan membawa anaknya bermalam di kediamannya buat sementara waktu.Kontroversi itu bermula selepas Martinez mendakwa aktres itu menyerang Maceo pada 26 September lalu dengan memegang leher dan mencekiknya ketika berlaku pertengkaran di rumah.Martinez mendakwa anak mereka menghubunginya dalam keadaan panik dan meminta supaya dijemput selepas kejadian tersebut.Bagaimanapun, Berry, 60, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menegaskan dia tidak pernah melakukan penderaan fizikal mahupun emosi terhadap anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Bintang siri Star Trek, Patrick Stewart meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Netizen berang pengasas jenama mewah sentuh Kim Yoo Jung ‘berlebihan‘Dalam perkembangan sama, mahkamah turut menolak permohonan Martinez untuk mendapatkan perintah perlindungan keganasan rumah tangga terhadap Berry, selain membatalkan perintah sementara yang dikeluarkan sebelum ini.Peguam Berry, Marina Beck menyambut baik keputusan tersebut dan memaklumkan aktres itu akan terus mengutamakan kesejahteraan serta kepentingan keluarganya.Sementara itu, peguam Martinez iaitu Patrick Baghdaserians menyifatkan keputusan mengekalkan hak penjagaan fizikal utama kepada anak guamnya sebagai satu kemenangan besar.