MENDAPAT ketua yang baik bukan sahaja memudahkan urusan harian di pejabat, malah mampu membentuk sikap dan cara seseorang pekerja melihat persekitaran kerjanya.Seorang tampil lelaki berkongsi pengalaman memiliki bekas majikannya yang gemar menguji sikap kakitangan dengan pendekatan luar jangka. Menurut lelaki itu, bekas majikannya pernah menguji keprihatinan pekerja dengan membuang sehelai tisu di dalam pejabat.Ada segelintir majikan gemar bermesyuarat dengan perkara yang dianggap remeh oleh pekerja. -Gambar hiasan AI“Bekas bos saya pernah buang tisu di pintu masuk pejabat, di kawasan ruang legar. Selepas itu, dia diam sahaja.“Kemudian pada waktu tengah hari, dia panggil semua kakitangan masuk ke bilik mesyuarat. Dia tanya mengapa tiada seorang pun pekerja mengambil tisu tersebut," imbas lelaki itu.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah sindir staf tiada ‘career growth’ sebab balik tepat 5.30 petang... Bos akhirnya terduduk lepas HR kongsi berita dukaARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah ‘dark side’ kerja di festival makanan, kembang tekak bos ajar jangan basuh bahan mentah - “Tomyam empat hari tambah air je”Jelasnya, tindakan itu rupa-rupanya mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk menguji pekerja dalam menjaga imej syarikat.“Dia kata kami tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak mengambil berat tentang imej syarikat. Memang dia buat kami rasa bersalah," katanya lagi.Bagaimanapun, lelaki berkenaan mengakui tidak memahami mengapa sesetengah majikan gemar menguji pekerja dengan cara sedemikian.“Sejujurnya, saya tidak faham mengapa sesetengah bos suka uji pekerja dengan perkara yang bukan-bukan," soalnya inginkan kepastian.Bos sengaja buang tisu di lantai demi uji kesedaran sivik pekerja.Semua staf dipanggil ke bilik mesyuarat dan ditegur kerana tiada siapa yang kutip.Netizen dakwa bos sengaja mahu mencari salah pekerja.Tindakan bos cetus kritikan kerana dianggap menggunakan kaedah yang tidak wajar untuk menilai pekerja.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen dengan mendakwa majikan berkenaan sengaja mencari salah pekerja."Tindakan dia tu lebih kepada nak perangkap pekerja, kalau bos yang bagus dia tak uji macam ni. Dia tengok saja meja pekerja kemas atau tak lepas habis waktu kerja."Bos nak uji sivik pekerja tapi dia sendiri tiada sivik kerana buang sampah merata-rata tanpa sebab."Memang tiada sesiapa akan ambil tisu yang dibuang merata-rata, sah-sah banyak benda kotor dibuang menggunakan tisu," komen warga maya.