suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suasana bilik rawatan jadi ‘aneh’, individu cari pertolongan masalah mental luluh doktor pandang remeh - “Dia gelak beberapa kali”

Seorang individu berkongsi pengalaman kurang menyenangkan dihadapinya ketika menerima rawatan di sebuah hospital berkenaan isu kesihatan mental. -Gambar hiasan AI

HASRAT seorang individu untuk mendapatkan bantuan profesional bagi meredakan masalah tekanan jiwa bertukar menjadi satu pengalaman mengecewakan apabila isu kesihatan mental dihadapinya didakwa menjadi bahan ketawa seorang doktor di hospital.

Menerusi hantaran tular di media sosial, pesakit berkenaan berkongsi rasa terkilan apabila doktor yang  merawatnya tertawa ketika mendengar dia berkongsi mengenai kaedah rawatan alternatif yang dilakukannya sebelum ini.

"Sebagai konteks, dia tidaklah mengejek saya secara terang-terangan. Saya beritahu dia pasal satu kaedah khusus yang saya jumpa di internet... dia tak pernah dengar, jadi dia pun cari kat Google," kongsinya.

Sikap ditunjukkan doktor terbabit didakwa kurang sensitif terhadap isu dihadapi pesakit. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, situasi bertambah kekok apabila carian Google berkenaan terus memaparkan amaran bantuan kecemasan kesihatan mental bersama nombor talian hotline.

Tindakan doktor terbabit selepas itu makin mengejutkan apabila dia menunjukkan skrin paparan carian itu kepada rakan sekerja sambil menunjukkan reaksi terkejut dan ketawa kecil di dalam bilik rawatan kecemasan tersebut.

"Dia tanya saya... keluar macam ni tak dekat telefon awak? Kemudian dia tunjuk skrin kat rakan sekerja. Dia gelak beberapa kali. Rasa pelik sangat masa tu, tapi itulah konteks sebenar kejadian," jelasnya yang mengakui terkesan dengan layanan kurang sensitif itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Luaran nampak gembira, tapi hakikatnya jiwa kacau... Kenali ciri-ciri orang nak bunuh diri, boleh cegah sebelum terlambat

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 ‘amaran’ jelas seseorang itu dah penat mental dan emosi akibat tekanan!

Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib pesakit tersebut.

Pada masa sama, sebahagian pengguna media sosial menegaskan bahawa sikap tidak profesional doktor berkenaan tidak mencerminkan keseluruhan kualiti perkhidmatan kesihatan mental di hospital negara ini.

"Tak normal langsung. Saya pernah dapatkan bantuan untuk masalah pemakanan. Staf dekat Jabatan Kecemasan (ED) layan sangat baik siap tawarkan tolak kerusi roda lagi. Minta maaf sangat benda ni jadi dekat awak.

"Dia doktor Klinik Kesihatan ke? Atau doktor wad kecemasan? Atau doktor di bawah psikiatri? Kalau dia doktor di bawah jabatan psikiatri, dia memang tak patut ada kat situ. Sejujurnya, bukan semua doktor mampu mengendalikan pesakit yang ada kecenderungan bunuh diri," ujar seorang lagi netizen.

  • Seorang pesakit kecewa apabila isu kesihatan mentalnya didakwa menjadi bahan ketawa seorang doktor di hospital.
  • Doktor terbabit tertawa selepas carian Google mengenai kaedah alternatif pesakit memaparkan talian bantuan kecemasan.
  • Doktor turut didakwa kurang sensitif apabila menunjukkan paparan skrin telefon tersebut kepada rakan sekerjanya.
  • Kisah tular itu meraih simpati ramai, namun netizen menyatakan insiden tersebut tidak mencerminkan keseluruhan perkhidmatan hospital.
  • Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa Islam mewajibkan pesakit mental berikhtiar mendapatkan rawatan perubatan profesional.

Untuk rekod, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi siri Bayan Linnas yang menyentuh mengenai isu kesihatan mental menegaskan bahawa di bawah prinsip Maqasid Syariah, Islam amat menitikberatkan penjagaan nyawa dan akal.

Pihak mufti menasihatkan individu yang berdepan tekanan jiwa agar tidak mengambil jalan singkat, sebaliknya diwajibkan untuk berikhtiar mendapatkan rawatan perubatan profesional di hospital atau klinik. 

Ikhtiar mendapatkan bantuan pakar ini dipandang sebagai satu langkah murni yang dituntut syarak bagi memastikan kelangsungan hidup serta kesejahteraan mental terpelihara.

Artikel Lain