PELAKON Elisya Sandha menyerahkan sepenuhnya kepada pihak produksi berhubung nasib drama Madu atau Racun yang sehingga kini masih belum menemui titik noktah susulan kontroversi membabitkan beberapa babak dalam karya berkenaan.Menurut Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal, 27, dia sendiri masih menantikan perkembangan status penggantungan drama tersebut, termasuk tarikh tayangan episod ketujuh yang belum dapat dipastikan. “Sejujur-jujurnya saya pun masih menunggu episod tujuh yang saya sendiri tak tahu bila akan keluar.“Tapi apa yang saya boleh katakan mengenai Madu atau Racun ini, saya hanyalah seorang pelakon. Saya menjalankan tugas sebagai pelakon dan tidak menyentuh mana-mana pihak,” katanya.Elisya sudah buntu menanti tayangan episod tujuh drama 'Madu atau Racun'.Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelantikan rakan jenama Gardenia NuMee di Kuala Lumpur pada Jumaat.Mengulas lanjut, Elisya berpendapat seseorang pelakon tidak seharusnya dianggap menyokong sesuatu perbuatan atau tindakan hanya berdasarkan watak yang dibawakan dalam sesebuah karya.Jelasnya, tanggungjawab seorang pelakon adalah menghidupkan karakter yang diberikan tanpa bermaksud bersetuju dengan perlakuan watak tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Elisya Sandha muat naik status konflik keluarga, ini respons Fasha!ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha sokong kakak ‘mengamuk‘ isu pelakon datang lambat ke set“Contohnya, kalau kita bawa watak sebagai seorang pembunuh, adakah itu bermaksud kita menyokong pembunuh? Tidak, kan? Jadi, saya rasa konsepnya sama,” ujarnya.Dalam pada itu, Elisya menganggap drama lakonannya itu mungkin kurang bernasib baik berbanding karya lain, namun memilih untuk menerima situasi berkenaan dengan hati terbuka.Dia juga percaya setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri.Elisya bersama kakaknya, aktres Fasha Sandha.“Saya rasa cerita yang saya lakonkan ini kurang bernasib baik sedikit berbanding cerita-cerita lain, tetapi saya terima dengan hati terbuka.“Saya percaya ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Apa-apa pun, saya menyerahkan semuanya kepada pihak produksi,” kongsinya.Sebelum ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan masih menunggu platform penstriman iQIYI menyiapkan proses suntingan semula drama Madu atau Racun sebelum penilaian seterusnya dijalankan.Finas turut memutuskan kesemua 12 episod drama berkenaan perlu melalui proses suntingan semula sebelum dikemukakan kepada panel penilai untuk penilaian lanjut.Drama itu juga dilaporkan memasuki fasa penilaian oleh panel di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dibenarkan untuk disiarkan.Madu atau Racun lakonan Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha ditarik balik tayangan pada September lalu selepas mencetuskan kontroversi susulan beberapa adegan yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.