PELAKON Elisya Sandha mengakui dia mempunyai pendirian yang sama seperti kakaknya, Fasha Sandha, apabila berdepan dengan rakan artis yang kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual kerja.Kata Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, dia juga tidak akan berdiam diri sekiranya terpaksa menunggu terlalu lama di set kerana baginya, menghormati masa adalah perkara asas yang perlu dipatuhi oleh semua pihak. “Saya juga ada karakter seperti kakak (Fasha) yang akan mengamuk dan bising di set kalau terpaksa menunggu lama. Tetapi orang faham kenapa saya begitu kerana saya menghormati masa mereka, jadi orang pun menghormati masa saya.Elisya tegas apabila bercakap soal disiplin di set penggambaran.“Saya pernah lalui perkara itu banyak kali, cuma saya rasa suara saya belum cukup kuat untuk menyuarakannya di media sosial. Jadi, kalau orang itu selalu sangat lambat, saya akan pergi kepada dia secara peribadi dan bertanya kenapa lambat.“Mereka akan jelaskan masalah yang dihadapi seperti ada urusan di rumah dan saya cuba untuk faham serta berbincang. Namun, untuk kes kakak saya, dia keluarkan di media sosial kerana mungkin sudah ditegur tetapi tidak menjadi," katanya kepada mStar. Elisya berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Madu Atau Racun di A Quiet Place, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Elisya menangis cerita pengorbanan Fasha Sandha terhadap keluarga, tunai semua permintaan adik-beradikARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha hilang sabar! Pelakon lewat hingga dua jam setiap hari - “Sabar orang ada had“Dalam pada itu, Elisya memberitahu setiap teguran yang diberikan adakalanya tidak diterima dengan baik kerana terdapat segelintir pelakon mempersoalkan tindakannya. “Selepas ditegur, ada setengah pelakon terus memandang saya dari atas ke bawah seolah-olah mempersoalkan siapa saya untuk menegur mereka. Namun, ada juga pelakon yang menjelaskan masalah mereka dengan baik.“Bagi saya, dua-dua situasi itu saya terima dengan terbuka. Paling penting, saya sudah menyuarakan bahawa perbuatan datang lambat ke set itu adalah salah. Saya tidak akan berdiam diri.“Kita kena hormat masa pengarah dan barisan kru, bukan pelakon sahaja. Kasihan kepada kru yang sebenarnya paling tidak cukup tidur dan perlu mengemas barang selepas penggambaran selesai,” ujarnya. Saya juga ada karakter seperti kakak (Fasha) yang akan mengamuk dan bising di set kalau terpaksa menunggu lama.ELISYA SANDHAPELAKONElisya bagaimanapun turut mempertahankan tindakan Fasha yang lantang menegur isu tersebut kerana percaya sikap tidak menepati masa bukan sahaja menyusahkan produksi, malah memberi kesan kepada emosi pelakon lain.Katanya, sepanjang bergelar pelakon antara perkara paling penting yang dipelajarinya ialah sentiasa menjaga waktu 'call time' tanpa memberikan pelbagai alasan.“Saya rasa apa yang kakak saya buat itu adalah benda yang betul sebab kita perlu hormat masa orang lain. Kita tidak boleh sesuka hati datang pukul 10 pagi kalau ‘call time’ pukul 8 pagi. Bagi saya, itu sangat kurang ajar.Elisya dikenali sebagai artis yang sentiasa menghormati masa orang lain.“Apa yang saya belajar dengan kakak saya selama ini ialah kita perlu sentiasa menjaga ‘call time’. Tidak kisah kalau ada anak 10 orang sekalipun, perkara itu tetap perlu jaga.“Bila ada artis lambat, ia akan kacau emosi pelakon lain kerana masa penggambaran yang sepatutnya habis jam 6 pagi terlajak hingga jam 10 pagi disebabkan pelakon itu lambat,” katanya.Sebelum ini, Fasha hilang sabar dengan sikap seorang pelakon yang dipercayai kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran produksi. Menurut Fasha, dia sengaja tidak mendedahkan perkara tersebut bagi menjaga nama baik individu berkenaan, namun mendakwa sikap tidak menghormati masa orang lain membuatkan kesabarannya semakin diuji. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!